• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Malaysia
0
UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Dalam usaha memperkasakan ekonomi komuniti, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengambil langkah proaktif menerusi pelaksanaan projek di bawah Program Ekonomi Madani melalui peruntukan geran berjumlah RM570,000.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, Projek Komuniti Kem Angkatan Tentera Malaysia atau Program Ekonomi Madani merupakan inisiatif kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH).

Menurutnya, kolaborasi tersebut membuktikan bahawa universiti bukan sekadar pusat ilmu, tetapi ejen perubahan yang berperanan terus kepada masyarakat, khususnya Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat).

“Pada tahun ini, UUM telah dilantik oleh KPT untuk melaksanakan empat daripada 52 projek di empat kem ATM yang melibatkan Projek Madu Kelulut (RM140,000) di Kem Bukit Kayu Hitam, Projek Fertigasi Sayuran (RM330,000) di Kem Sungai Petani dan Kem Pengkalan Hulu serta Projek Akuaponik Talapia dan Produk Retort (RM100,000) di Kem TLDM Lumut.

“Kerjasama strategik ini amat signifikan dalam memastikan ilmu yang dihasilkan di universiti dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada komuniti, khususnya warga ATM untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti di Kem ATM terpilih. Inilah manifestasi sebenar ‘Ilmu Budi Bakti’,” katanya di Majlis Penyerahan Geran dan Pelancaran Pelaksanaan Projek Komuniti Kem ATM 2025 di EDC-UUM.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat Pengkalan TLDM Lumut, Kepten Syanaz Ibrahim menegaskan bahawa program komuniti tersebut merupakan langkah bersejarah dalam merapatkan jurang antara penyelidikan akademik dan pelaksanaan di lapangan.

“Program ini membuka ruang kepada warga ATM untuk meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan dan memperkukuhkan institusi keluarga, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara,” katanya.

Antara projek utama yang dilaksanakan termasuk keusahawanan akuaponik talapia dan retort yang dilihat berpotensi menjana pendapatan mampan kepada komuniti setempat.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam menyifatkan pelaksanaan projek ini sebagai simbol kepercayaan dan komitmen pelbagai pihak dalam membangunkan komuniti secara inklusif.

Menurutnya, program yang turut melibatkan pelbagai universiti awam itu dijangka memberi impak berterusan, bukan sahaja kepada warga ATM, malah kepada masyarakat secara keseluruhan melalui pendekatan kolaboratif yang mampan.

“Pelaksanaan inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi tidak terhenti di menara gading, sebaliknya dimanfaatkan secara langsung demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Turut diadakan penyerahan simbolik projek dan penyampaian cenderahati kepada ketua penyelidik dan wakil Kem ATM.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Previous Post

Pendidikan menyeluruh kunci lahir generasi global berdaya saing – PM

Next Post

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 
Malaysia

Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 

by Reporter
May 24, 2026
Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
Malaysia

Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri

by Reporter
May 24, 2026
Tenaga negara dijamin cukup
Malaysia

Tenaga negara dijamin cukup

by Reporter
May 24, 2026
Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM
Malaysia

Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM

by Reporter
May 23, 2026
Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
Malaysia

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

May 7, 2026
UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

UUM lonjak ke tangga 125 terbaik Asia dalam The Asia University Rankings 2026

May 7, 2026
Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

Perginya Jalil Hamid, Hilang Secebis Memori Dunia Lakonan Tanah Air

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Hari Arafah Harmoni Madani Kedah Gazette Media Gazette peniaga Perdana Menteri Tenaga
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 
  • Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
  • Tenaga negara dijamin cukup

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.