• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah

sysniaga@gmail.com by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
in Malaysia
0
Masjid Bukan Medan Politik – Raja Muda Kedah
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Masjid tidak boleh sama sekali dijadikan medan perbalahan atau platform politik, sebaliknya perlu kekal sebagai institusi yang menyatukan umat Islam.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah bertitah, sebarang unsur politik hendaklah dijauhkan sepenuhnya daripada ruang masjid termasuk dalam bentuk ceramah, ucapan mahupun perbincangan tidak rasmi.

Menurut baginda, penganjuran program berunsur politik di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan kerana boleh mencetuskan ketegangan serta perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Masjid merupakan lambang kesatuan umat Islam, justeru keharmonian di dalamnya mesti dipelihara,” titah baginda pada Seminar Pemerkasaan Institusi Masjid Negeri Kedah Darul Aman 2026.

Dalam pada itu, baginda turut menegaskan kepentingan pengurusan masjid yang profesional, berintegriti dan telus, khususnya dalam aspek kewangan.

Katanya, setiap sumbangan masyarakat adalah amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab bagi mengelakkan salah guna kuasa serta mengekalkan kepercayaan kariah.

Selain itu, baginda mengingatkan jawatankuasa masjid agar mematuhi garis panduan sedia ada termasuk penggunaan pembesar suara bagi mengelakkan gangguan kepada masyarakat setempat.

“Gunakan kemudahan dengan hikmah dan ambil kira sensitiviti masyarakat,” titah baginda.

Dalam perkembangan sama, baginda menyeru agar masjid tidak hanya diimarahkan ketika waktu solat, sebaliknya diperkasa sebagai pusat pembangunan ummah melalui program pendidikan, kebajikan dan ekonomi.

Sebagai contoh, Masjid Al Busyra dan Masjid Sharifah Fatimah berjaya melaksanakan inisiatif ekonomi seperti penyediaan kemudahan perniagaan dan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada imam, bilal serta pengurusan masjid atas peranan besar mereka dalam membimbing masyarakat dan memakmurkan institusi berkenaan.

“Peranan mereka bukan sahaja sebagai pemimpin ibadah, tetapi juga pembimbing ummah,” titah baginda.

Previous Post

KHM, Sawda raih anugerah SAM-100PLUS 2025

Next Post

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

sysniaga@gmail.com

sysniaga@gmail.com

Related Posts

Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 
Malaysia

Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 

by Reporter
May 24, 2026
Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
Malaysia

Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri

by Reporter
May 24, 2026
Tenaga negara dijamin cukup
Malaysia

Tenaga negara dijamin cukup

by Reporter
May 24, 2026
Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM
Malaysia

Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM

by Reporter
May 23, 2026
Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
Malaysia

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
Next Post
Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

Lelaki Tidak Mengaku Pukul Isteri Guna Pelbagai Objek

May 7, 2026
Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

Arsenal Akhirnya Ke Final UCL Selepas 20 Tahun

May 7, 2026
AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia

AirTrunk Tambah Pelaburan RM12 Bilion, Kukuh Kedudukan Malaysia

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Hari Arafah Harmoni Madani Kedah Gazette Media Gazette peniaga Perdana Menteri Tenaga
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 
  • Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
  • Tenaga negara dijamin cukup

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.