• Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Login
Media Gazette
Advertisement
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain
No Result
View All Result
Media Gazette
No Result
View All Result
Home Malaysia

Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 

Reporter by Reporter
May 24, 2026
in Malaysia
0
Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa acara Wacana Harmoni MADANI sempena Sambutan Hari Wesak di Kuala Lumpur. 23 Mei 2026. SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri.

0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Malaysia memilih pendekatan tersendiri dalam arus pembangunan global dengan meletakkan nilai moral, etika dan pegangan agama sebagai asas utama
pembangunan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun dunia kini rancak mengejar transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan inovasi teknologi, aspek kemanusiaan tidak boleh diketepikan.

Menurutnya, Malaysia mahu memastikan kemajuan dicapai seiring dengan pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai dan rasa hormat sesama insan.

“Semua negara bercakap soal pembangunan, teknologi dan inovasi, tetapi kita mahu menekankan nilai serta etika yang berakar kepada pegangan agama.

“Ketika dunia terlalu ghairah mengejar kemajuan, kita tidak mahu kehilangan nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Harmoni Madani sempena sambutan Hari Wesak di Menara Ken, di sini.

Anwar berkata, pendekatan Malaysia berbeza dengan sesetengah negara Barat yang menurutnya semakin kurang memberi penekanan terhadap nilai moral dalam pembangunan negara.

Katanya, walaupun konsep kebebasan sering diperjuangkan, nilai kemanusiaan dan etika tidak lagi dijadikan asas utama dalam banyak perkara.

“Sambil kita bercakap mengenai AI, transformasi digital dan inovasi, kita mesti kekal mempertahankan iman, moral dan etika.

“Inilah yang menjadikan Malaysia unik kerana pembangunan negara mesti disertai rasa hormat dan nilai kemanusiaan,” katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan pengabaian terhadap nilai murni sebagai antara punca berlakunya pelbagai tragedi kemanusiaan dan kekejaman di dunia hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pandangannya itu tidak bermaksud beliau bersikap anti-Barat.

Anwar berkata, sejarah awal tamadun Barat sendiri pernah menekankan soal pembinaan jiwa manusia dan nilai dalaman menerusi konsep habits of the heart.

Katanya, nilai sejagat yang dibawa agama seperti Islam, Buddha, Kristian dan Konfusianisme kini semakin terpinggir kerana masyarakat lebih menumpukan kepada kepentingan politik dan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen pemimpin pelbagai agama di negara ini yang terus memainkan peranan memupuk keharmonian dan memperkukuh nilai kemanusiaan dalam masyarakat.

Tags: Anwar IbrahimHarmoni MadaniKedah GazetteMedia Gazette
Previous Post

Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri

Reporter

Reporter

Related Posts

Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
Malaysia

Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri

by Reporter
May 24, 2026
Tenaga negara dijamin cukup
Malaysia

Tenaga negara dijamin cukup

by Reporter
May 24, 2026
Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM
Malaysia

Politik ‘tersasar’ paling banyak merungut – PM

by Reporter
May 23, 2026
Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200
Malaysia

Peladang MADA sambut baik pengumuman Kerajaan insentif pembajakan padi RM200

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara
Malaysia

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

by sysniaga@gmail.com
May 7, 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

UUM bantu jana ekonomi komuniti di empat Kem ATM dengan projek bernilai RM570,000

May 7, 2026
Pendidikan menyeluruh kunci lahir generasi global berdaya saing – PM

Pendidikan menyeluruh kunci lahir generasi global berdaya saing – PM

May 7, 2026
UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

UniMAP, Infineon Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat E&E Negara

May 7, 2026

Browse by Category

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Browse by Tags

Anwar Ibrahim Hari Arafah Harmoni Madani Kedah Gazette Media Gazette peniaga Perdana Menteri Tenaga
Media Gazette

Media Gazette is Malaysia’s dedicated digital newsroom, providing real-time updates and deep-dive analysis on politics, the economy, and national affairs.

Categories

  • Bisnes
  • Dunia
  • Gaya hidup
  • Hiburan
  • Jenayah
  • Lain-Lain
  • Malaysia
  • Politik
  • Sukan
  • Tular

Recent Posts

  • Malaysia tidak boleh hilang nilai demi kejar teknologi 
  • Hari Arafah Bukan Sekadar Simbol Kesatuan, Tuntut Umat Tingkat Kualiti Diri
  • Tenaga negara dijamin cukup

© 2026 Media Gazette All right reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Tular
  • Gaya hidup
  • Jenayah
  • Lain-Lain

© 2026 Media Gazette All right reserved.